Saturday, August 12, 2017

2 hari mencuba relaktasi

Hai..alls...assalamualaikum...

3hari ibu cuba relaktasi..kerana bayi keliru puting

Hari pertama ibu cuba setelah ibu membaca nota2 di FB : Noorfazila binti Abdul Rahman..ibu semangat walau dlm hati msh gundah dulana..Adeeb terus dengan jayanya menyusu botol FM..ibu wassap Sis Fazila..dptkan nasihat beliau..

Apa yg patut ibu buat?
- Skin to skin dengan baby
- Kurangkan susu botol, sengetkan botol..ganggu penyusuan baby dengan botol supaya baby bosan dengan botol
- Offer baby untuk menyusu badan di kala baby mamai tetapi jgn memaksa
- Doa..doa..doa..Mohon pada Allah swt

Ibu buat..ibu cuba..tetapi berderai2 air mata ibu.. sama Adeeb nangis..sama ibu nangis..sewaktu Abg Adam, Abg Azim & Abah tiada d umah la..klau Abg2 & Abah dh balik..ibu tahan airmata, ibu kuatkan hati supaya abg2 & abah x tahu kepayahan ibu.

Ibu guna picagari utk masukkan susu dlm mulut Adeeb, dengan harapan Adeeb lupakan botol..tapi Adeeb nangis semahu2nya..Allahurobbi..kuatnya la tangisan Adeeb..pyh pulak nk pujuk utk tdo semula..setengah jam berlalu hingga sejam..aduhai anak..

Adala 1x berjaya Adeeb nyusu direct ibu di kala Adeeb mamai..menitik air mata ibu, syukur dengan gembiranya Allah bantu ibu merasa kembali nikmat Adeeb menyusu ibu macam hari2 mula kelahiran Adeeb..Alhamdulillah...tapi 1x ja hari tu...

Susahnya ibu rasa..ibu cuba lagi mengiringkan Adeeb untuk cuba offer susu ibu pun Adeeb dh melalak..mcm mn ni? Ya Allah..bantu la..hancur hati ibu..hilang semangat ibu ni..ibu geram..rasa nk marah2..

Abah balik ptg, nmpk Adeeb nangis nak susu..papp..abah susukan dengan susu botol dengan jaya nya..alahai...Adeeb pastinya berpuas hati..akhirnya ibu kalah..patah hati ibu..

No comments:

Post a Comment